CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Pages

anda yang ke (=

pengikut nini yang baek hati

June 04, 2013

ex-crush terus menghantui hidup

hai. bertemu sekali lagi dengan entry terbaru ini.. ebelum itu saya ingin membuat satu kenyataan yang benar lagi sahih.. saya takut hantu... jadi peringatan kepada semua x crush saya. jangan jadi hantu dalam hidup saya please.. haha.. 

bermula dengan crush pertama masa tingkatan 1.. tahun 2010 tak silap.. ok time ini sangat bosan.. sebab memang suka betul betul dalam diam.. dia tak tahu, malah kawan kawan saya pun tak tahu.. bosan

crush kedua.. saya dah mula beranikan diri. dah mula tergedik gedik bila nampak dia.. saya rasa saya langsung tak ada maruah.. haha. mungkin sangat teruja. maaf sangat sangat.. dia? dia dah tahu , ramai dah tahu. sampai saya kena bash dah pun. tapi masa tu saya bodoh lagi,  pergi suka orang yang jelas ternyata tak menghargai saya langsung walaupun sesaat.. saya tetap positifkan diri saya.. saya terkinja kinja bila jumpa saya. tapi dia. dia macam tak nampak saya. Sampai satu saat, apabila dapat tahu yang dia sudah berpunya.. saya masih boleh bertanya dekat kawan saya dengan soalan bodoh saya.." dia tak nampak aku ke?" , "dia dah tak boleh hargai aku ke?" , "apa aku dah buat?" ... bila di kenangkan kembali. saya tanya diri sendiri. "kenapa aku bodoh sangat masa tu?" , kenapa aku tak boleh fikir sangat. kenapa aku hanya nampak dia seorang sahaja, kenapa aku boleh suka orang yang tak reti menghargai aku? kenapa? kenapa? kenapa?

tahun seterusnya, 2012.. mungkin tak serik cinta tak berbalas. saya mempunyai crush yang merupakan senior saya. saya, tengok dia dengan rasa tak malu.. dengan selamba nya saya.. sampai tidak perasan ada hati yang terluka.

di tahun ini. 2013. sangat tidak disangka sangka. sampai saya langsung tidak percaya. yang mana crush saya merupakan kawan saya sendiri. sudah lama saya rapat dengan dia. tetapi baru sekarang saya sedar kehadiran dia melebihi daripada kehadiran seorang sahabat. tetapi, apa lagi yang saya boleh buat. dia tidak pandang saya, akan tetapi dia pandang orang yang sentiasa berada di sebelah saya merangkap kawan baik saya sendiri.  sangat susah untuk saya terima kenyataan itu. tetapi apa lagi yang saya mampu saya buat selain doakan kebahagian mereka berdua.

untuk meneruskan kehidupan, saya mula menyukai seseorang yang berada sama tingkatan dengan saya. akan tetapi lagi parah. kemungkinan besar dia sudah berpunya..

kejadian ini semua telah membuat saya serik. mungkin, saya sudah menutup rapat serapatnya pintu hati saya dan saya telah membuang kunci itu di hutan belantara sana.. haha... I'M HURT ENOUGH.. dan saya tak akan menangis sebab ini... 

kadag kadang saya terfikir, apa yang saya nasihat kepada kawan kawan saya, sebenarnya saya sendiri tidak mampu berbuat demikian.. sedihnya hidup saya. tapi saya percaya , satu hari nanti saya akan berjumpa dengan seseorang yang faham isi hati saya, yang akan melindungi saya dan akan menghargai saya sepenuh jiwa dan raga saya.. dan yang paling penting, dia dapat memimpin saya ke jalan yang benar.. Amin.

# No Couple # No Crush # No Crying

i'm alone. and i like it. :) Assalamualaikum






May 10, 2013

periksa.. arghh.. stress



sekarang dah bulan mei.. dan sekarang budak sekolah macam ini sedang berperang dengan kertas.. kejadian ini dinamakan Peperiksaan Pertengahan Tahun... tapi alhamdulillah.. setakat ini, kertas English paper 1 and 2 , Bahasa Melayu kertas 1 dan 2, Pendidikan Agama Islam kertas 1 dan 2 , Sejarah kertas 1 dan 2 ... telah tamat..  susah?? hmm, speechless , yang pasti mesti banyak dapat A+ -,-

hari isnin ni periksa kimia.. wish me goodluck .. 


May 01, 2013

Twitter si burung biru


Memandangkan saya dah lama tidak menaip di sini , maka saya akan membuat 2 cerita pada hari ini. dan saya dengan bangganya bercakap bahawa saya sudah mempunyai twitter.. https://twitter.com/HafiniHarith
saya nak suruh awak, kakak awak, abang awak, adik awak, mak awak , ayah awak, saudara mara awak untuk follow saya... follower sikit? ketawa la kuat kuat. saya baru buat tu.. pada 24.4.2013.

'KITA' dah lama menyepi


awak, perasan tak? kita dah tak macam dulu lagi... kita dah banyak berubah... kalau satu hari kiteorang tak bercakap , itu dah normal... padahal dulu, kalau satu hari kita tak bertegur sapa, rasa tak lengkap. kan? kalau saya tak tegur awak , awak yang akan tegur saya... walaupun, apa yang kita akan cakap tu, kadang-kadang nampak sangat yang kita nak dengar suara masing-masing.. tapi.. saya peduli apa.. yang penting, saya dengar suara awak..

dulu.. kita rapat kan... dari sekolah rendah, hingga sekarang... walaupun kita terpisah sementara,, saya tetap anggap awak sebagai kawan saya... Tapi, semua ni berubah. Berubah apabila kita ditakdirkan untuk menjadi rakan sekelas pada tahun ini, pada kali pertama saya tahu yang kita akan menjadi rakan sekelas, saya hanya fikir yang saya dah jumpa rakan sekelas yang akan gila-gila dengan saya... saya dah ada kawan yang rapat dengan saya, yang dah kenal saya lama... 

Tapi.. Allah Maha Mengetahui,, perasaan ini mula berubah .. pada awalnya, saya menidakkan yang saya dah mula suka awak.. semakin lama saya menafikan, semakin saya sengsara.. dan masa itu saya tak anggap awak sebagai kawan lagi,, tapi sebagai crush baru saya.. saya ambil tahu mengenai awak secara diam-diam. walaupun kalau kita bertegur dengan menggunakan panggilan 'Aku' 'Kau' . tapi saya tetap hargainya.. 

Sekarang, semua dah berubah . Semuanya berubah sejak awak dan kawan saya ______ . awak mesej kawan saya. awak rapat dengan kawan saya.. Dengan hati yang parah, saya undur diri. Biarlah.. Biarlah saya lihat senyuman awak tu dari jauh.. Biarlah saya lihat senyuman awak dengan air mata saya mula menitis. Biarlah saya lihat senyuman awak , walaupun bukan saya yang membuat awak tersenyum. 

Masa cuti persekolahan, saya bermuhasabah diri , supaya saya boleh menganggap awak sebagai kawan saya kembali... tetapi saya tidak berjaya.. Masa cuti persekolahan dah tamat. saya tak sangka. yang kita akan berdiam diri.. bayangkan, saya dan awak tak bertegur sapa selama seminggu.. Pada masa itu, saya sangat berkecil hati. Saya positifkan diri saya bahawa awak tiada mood nak bercakap dengan orang. Tapi anggapan saya ternyata jauh melencong. Awak bersikap dingin hanya dengan saya, tidak dengan orang lain. Saya cuba mencari kesalahan saya pada awak. Tetapi awak langsung tidak memberi peluang kepada saya. Dan akhirnya saya menyerah kalah. Saya beriltizam bahawa saya akan menganggap awak sebagai kawan sahaja. Walaupun saya akan menangis, walaupun hati saya sakit. Kita tetap kawan.

Kini, saya dan awak semakin jauh.. Begitu juga awak dan kawan saya. Dua-dua dah jauh. Saya dah tak ada modal nak cakap dengan awak. Kadang saya biarkan mata saya yang berkomunikasi dengan mata awak. Biarlah. Kalau awak ditakdirkan untuk menjadi imam saya. Saya terima. Kalau awak ditakdirkan untuk tidak menjadi imam saya. Saya juga terima dengan hati yang rela. Saya percaya akan Qada' dan Qadar . 

Assalamualaikum. =')

April 14, 2013

XxXxXxXx


fuhhhh... tiup habuk,, lama betul saya tidak menaip di blog ini.. Ampun maaf dipinta mensuci hening dosa.. saya sangat sangat sibuk tambah tidak boleh pegang laptop sebab kakak yang guna... hari ni kakak tak ada dekat sini, jadi laptop ini.. saya yang punya.. muahahaha..

berbalik kepada tajuk entry ini.. hmm. XxXxXxXx,,, apa benda kah ini... sebenarnya saya entri ini saya tujukan untuk mereka... siapa mereka itu? biarlah saya saja yang tahu... 

untuk awak,, 
 jujur saya cakap,,, saya kecewa, terkilan, sedih.. arghh, semua adalah... tapi saya mengaku ini bukan pandang pertama mahupun cinta pertama... saya tak cinta awak,, saya cuma suka awak.. itupun awak dah bangga bukan? yela~ kononnya awak ada ramai peminat,, awak hot guys la.., tapi sayang kan.. awak buat saya macam ni.. awak,, saya rasa terhina dengan perbuatan awak.. awak pandang rendah terhadap saya.. awak dah kecewakan saya.... pada tahun ini, kita akan kerap berjumpa kan? kita sekolah yang sama... mungkin , bila saya nampak muka awak, saya masih boleh tersenyum, ketawa... macam tak ada apa yang berlaku antara kita.. tapi, percayalah,,, saya tak pernah lupakan hal ini.. 

Ikhlas dari saya..

tik tok. tik tok.. tik tok... eh, dah pukul 3 pagi da... cukuplah setakat ini okay.. bye~ Assalamualaikum . =) #keep smiling even your heart crying..

March 09, 2013

larian wirawan daya SMKTDS

Assalamualaikum..

hari ini, Sabtu, 9.3.2013. sekolah saya ada mengadakan larian... dan saya, dengan bersemangat wajanya pun pergi... tapi tak ada kawan... Haiza dan Hani tak datang.. jadi saya berlari bersama Ima,Ainul,Ain... dan lain lain.. first, cikgu kasi makanan sebagai sarapan, ala~ roti dengan air mineral saja... lepastu panaskan badan... dari padang nak ke pintu pagar,, saya dah start sakit pinggang.. mula mula.. matlamat saya nak dapatkan top 50... tapi bila dah kena sakit pinggang ni, saya macam dah tak yakin boleh dapat top 50 bagi kategori perempuan A ....

sakit pinggang saya sekarang dah makin teruk... dulu dulu satart kena masa tingkatan 3 kut... masa tu tak seserius sekarang... mak ada cakap nak pergi check doktor... tapi saya yang malas... sakit pinggang, kebas kat bahagian kepala/otak , sakit kat bahagian atas perut tue dah menjadi kebiasaan bagi saya semanjak dua menjak ni... sakit tu, tak payah cakap la... hanya Allah saja yang tahu.. kawan kawan pun ada yang nasihatkan suruh pergi check,,, tapi saya yang tak nak.. takut dapat berita buruk...

berbalik kepada cerita... masa tengah lari sorang sorang tu,,, tiba tiba terasa nak pengsan dengan nak muntah... lepastu saya tak jadi lari... jalan je.. saya jalan pun dah tak betul pun,, senget ke kiri la,, senget ke kanan la...  dekat tepi tepi jalan ada pbsm jaga,, saya nak minta minyak angin... sebab takut jatuh tengah jalan.. tapi tak minta pun,, malu ^^ ..

dah nak sampai dekat sekolah... cikgu cakap ada tempat lagi,,, lepastu lari laju sikit... sikit je, tak banyak pun... sebab sakit dekat bahagian atas perut dah menjadi jadi... lepastue tiba tiba.,,, cikgu cakap... dah tak ada tempat... sedikit frust la...sebab masa tingkatan 2 masa tu... dapat nombor.. nombor 32...  haha.. teruk kan...

lepastu , majlis penyampaian hadiah...untuk keseluruhan... rumah sukan saya menang... rumah WAJA.... jyeahhhh... kite orang memang bersemangat WAJA... hahaha ... =D,

6. Saga
5. Wira / Jaguh
4. Wira / Jaguh
3. Juara
2. Satria
1. WAJA ..

terjumpa crush saya... haha.. dia dapat tempat top 10... hebat kan.. tak macam saya... hampeh.. lepastu beli pizza dengan potato spring... dan macam biasa la.. ada orang bawa handphone mereka ke sekolah... tapi saya tak berapa pasti la.. kawan saya tangkap gambar ke tidak dengan 'dia' .... kalau mereka tangkap gambar bersama, saya tidak kisah pun... dia bukan hak saya pun...

# tadi saya bercakap dengan Anussha berkenaan ini... dan dia memberi saya semangat... dia cakap dengan saya... tak apa fini,,, kalau dia ditakdirkan untuk awak... dia akan datang dalam hidup awak... tapi kalau dia tidak ditakdirkan untuk awak, mana tahu , ada orang lagi baik, lagi bagus daripada dia ditakdirkan  untuk awak.. harap begitu... cukup kut untuk entri hari ini...

* minggu depan dah start up 1... saya tak baca buku lagi.. hahaha...mesti ramai yang buat main main ujian first ni.. confirm punya.. 

ok la,,, bye...
Assalamualaikum...

~~~~~~~~ rindu Siti Aishah bt Abdullah ~~~~~~~~








March 02, 2013

perubahan mereka berjaya merubah saya

Assalamualaikum... entri hari ini, saya tulis khas untuk mereka yang bergelar 'kawan' saya ... sebelum saya memulakan cerita ini, satu persoalan yang berlegar-legar di fikiran saya ialah ... kawan satu kelas dan kawan rapat tapi tak satu kelas , adakah ia lain?

saya dapat merasakan perubahan antara kami apabila saya bersama mereka... kadang-kadang boleh tertimbul perasaan janggal apabila berbula bersama mereka walaupun dulu kami sangat rapat.. saya tak tahu apa yang saya rasakan... dipinggirkan. disisihkan. ditinggalkan.... serius saya cakap, saya tak tahu, perasaan tu semua becampur apabila saya bersama mereka..

saya boleh buat perbandingan antara kawan sekelas saya dengan kawan rapat tapi tak sekelas.... bila saya bercerita, berborak dengan rakan sekelas saya, mereka mendengar dengan betul. Tapi, bila saya bercakap, bercerita dengan kawan rapat saya yang tak satu kelas tu, mereka tak layan, malah mereka sibuk mendengar cerita daripada orang lain.. sedangkan cerita saya , mereka tak dengar langsung ,,, mula mula, saya cakap dengan diri sendiri , "mungkin diaorang dah muak kut dengar cerita nini" ,, lepastue saya sabarkan diri saya, saya senyum, ketawa macam biasa.. tapi dalam hati saya,,, sakit, pedih, perit,,, semua ada,,, lepastu saya cuba untuk senyapkan diri saya, saya diam dan tak bercakap dengan mereka... lepastu, mereka dengan slamber (tidak berperasaan) bertanya saya . "awak ok ke tidak, kenapa senyap?" .. ohhh, saya hanya mampu menggelengkan kepala dan berkata... "kita ok, jangan risau" .. tapi di hati saya, tak ada siapa yang tahu,, dan mereka pun tidak kisah dengan perangai saya...

semua perubahan ni berlaku terlalu cepat... dan saya, Nur Hafini binti Harith, ingin mengucapkan TAHNIAH kepada mereka yang berjaya merubah saya kepada yang lebih teruk,,, percaya tak,,, walaupun saya dikelilingi oleh kawan saya di sekolah,, tapi saya tetap berasa sunyi,,, ye, dan saya rasa , saya telah kehilangan sesuatu,,, FRIENDSHIP.. yes, perkataan tue... saya rasa saya hilang tu...

Sekarang,, saya dan kawan rapat saya dah tak satu kelas,,, ada yang masuk kelas atas dan ada juga yang masuk kelas bawah saya... mungkin ini merupakan salah satu faktor kenapa saya rasa kehilangan... mungkin saya ketawa dengan mereka... tapi saya sendiri tidak dapat merasakan keikhlasan ketika saya ketawa itu...


Dan apabila kawan rapat saya nampak saya sedih,, satu sahaja jawapan yang keluar dari mulut mereka.. "crush dia tak tegur dia hari ni kut, sebab tu dia sedih. " ,, ok , dengar, wahai kawanku, kalau pasal crush saya tak tegur saya, itu masalah saya, dan saya tak akan menunjukkan rasa sedih itu di hadapan awak semua. Itu, biar saya yang urus... tapi saya nak tanya, pernah tak terlintas di fikiran awak saat melihat kita sedih, " eh, fini sedih.. aku ada buat salah kat dia ke? aku tak hiraukan dia kut.." ,,,pernah tak... SAYA TANYA AWAK, WAHAI KAWAN... PERNAH TAK? ,,,,

Dulu, kita semua pernah berjanji untuk jadi kawan selamanya... hahaha.. (sekarang saya rasakan statement tu lawak), sebab apa?,, sebab , saya dengan kau orang hanya berbeza kelas, tetapi satu sekolah.. tapi keadaan dah jadi macam ni..

I NEED FRIENDS,,,
 FRIENDS WHO READY TO LEND ME HER EAR TO HEAR MY PROBLEM... ,
 FRIENDS WHO CAN KEEP ME SMILE EVERYDAY, EVERY MOMENT...,
 FRIENDS WHO TAKE CARE ABOUT ME ...,
 FRIENDS WHO NEVER IGNORE ME ALL THE TIME...,

I HATE YOU... YES I HATE THE NEW YOU
I HATE ALL OF YOU,,, YES, THOSE TWO OF YOU...
YOU TWO IGNORE ME, YOU TWO MAKE ME FEEL LONELY...
YOU TWO LEFT ME BEHIND, WHILE YOU INFRONT OF ME..

I GUESS IF I DON'T COME TO SCHOOL.. YOU DON'T FEEL ANY DIFFERENT AREN'T YOU... WHY , WHY,, YOU TWO MAKE MY LIFE LIKE THIS..

Ok, saya dah mula merepek, ini bermakna saya kena berhenti... bye... Assalamualaikum..

February 25, 2013

C.R.U.S.H.

Assalamualaikum.. "dah nak masuk bulan 3, post baru ade 3" hahahahahha.. ketawakanlah, tak kisah pun. kite tahu , awak awak semua jealous dengan kite kan... =P , ok, see that title. crush.. haha, siapa cipta crush ni? apa dye crush tue? tujuan ape crush tu dicipta? ok, tu semua cari dekat google.. minta ampun dan maaf ok... tapi kite ade terbace status laman mukabuku hamba Allah ni, dye taip "tak nama crush kalau dye da tau yg awk suka dye" .. jadi kesimpulan yg kite buat ialah crush ialah, kite suka seseorang tu, tapi orang tue tak tahu yang kite suka dye... kire macam secret admire la... haha.. kite mengaku kite ada crush ok.. *tutup muka sekejap.. maluu* ... haha... kite ade crush baru wooo~ . sebenarnya hanya lelaki yang beruntung saja boleh jadi crush kite... cewahh.. hahaha, antara speciality yg crush kite dapat adalah, gelaran nama yang pelik, bila 'mereka'  ada 'orang' tengok, 'mereka' ada secret admire secara sukarela, 'mereka' ta perlu risau apabila ditinggalkan oleh girlfren 'mereka' sebab adanya crusher macam kita.. heheww ^_^

ok, tahun 2013 boleh dikatakan tahun terkejut bagi kite,, sebab... sebab... crush kite adalah orang yang kite dah kenal.... terkejut kay terkejut... dah lama jumpa dye, dah bertegur lama dengan.. tup tup, tahun ni dye manusia terpilih menjadi crush kite... kite sendiri ta percaya, kadang kadang terfikir untuk tak anggap dye sebagai crush... tapi, entah lah, susah nak nyatakan di sini... dalam banyak banyak crush kite. dye antara yang special dari yang special... haha.. ok kite da start merepek.... tapi kite nak beritahu juga... dye crush pertama yang bertegur dengan kite. selama ni kite tak pernah bertegur dengan crush kite... dan kalau dengan crush kite ni, kalau bertentang mata pun, itu adalah perkara biasa... ta macam crush lama kite.. bertentang mata pun sangat susah... dan matlamat kite adalah, tak nak dye tahu yang dye tue crush kite... kite nak dye crush kite yang pertama yang tak tahu dye crush kite... ada faham?? (kalau tak faham , sila baca ayat tu berulang kali.)... crush kite yang dulu dulu semua da tau yang 'mereka' tu crush kite.. haha, teruk kan kite, kite ta bole nak kawal diri,,, tapi kalau dengan crush kite sekarang ni, kite dah semakin boleh mengawal diri agar tidak menunjuk sangat... dan kite dah ta nak ada 'gaduh rahsia' pada tahun ni... huh? gaduh rahsia? haha.. ape benda pulak tue? gaduh rahsia adalah gaduh sesama jantina semata mata berebutkan seseorang yang berlainan jantina, akan tetapi, gaduh rahsia ini tak sekronik seperti gaduh yang serang serang tue, tarik rambut la, bawa parang, pisau, shotgun la, semua benda yang ada kat kat dunia nie nak baling la... haha.. kite tak gaduh macam tue... tak main la... lagipun, kite tengok, ia tidak berfaedah... cuba muhasabah diri anda, 'orang tu' bukan suami/isteri awak lagi, dan belum tentu 'dia' jadi suami/isteri awak. lepastu ade orang suka orang yang sama awak suka, lepastu gaduh. apa awak dapat? nak tunjuk berani awak ke? nak tunjuk hero awak tu ke.? membazir la...

dan setakat ini... Alhamdulillah, syukur kepada Allah,,, Dia dah lindung kite dari membuat dosa dosa couple nie... kenapa? terkejut? ya, couple tue HARAM, kecuali awak ada niat untuk jadikan si perempuan itu halal buat awak.. kalau kite ta couple pun,,, dosa kite yang lain lain tue pun dah terlalu banyak, tak terkira.. siapa yang tak pernah buat dosa?? awak tipu... tu dosa jugak... dan.. hati kite masih lagi tertutup untuk ada boyfren... tapi kite tak setuju, kalau orang cakap " orang yang single itu orang yang tak ada orang nak" .. Awak salah... mungkin orang yang single itu hanya mahukan yang halal sahaja untuk menjadi boyfren dye sampai mati... mana kite nak tahu kan... dan percaya lah cakap kite,, kalau orang tue tak pernah couple, lepastu dye terima awak, hargai dia, sebab awak orang yang bertuah yang dipilih oleh 'dia' dan itu bermaksud awak telah berjaya jumpa kunci untuk buka pintu hati dia, maka,, jangan lah awak robohkan 'pintu' tue,, takut ia mengambil masa yang sangat sangat sangat lama untuk panggil kontraktor hati untuk betulkan pintu itu.. dan mana tahu disebabkan luka yang awak buat tue membuatkan pintu itu tertutup serapat rapatnya.. awak rasa awak akan bahagia ke kalau awak buat orang macam tu?? awak tak ada perasaan belas kasihan ke ?? percaya karma Allah... what you give, you will get back ...percayalah..

hmm. rasa macam dah panjang sangat la... ok... bye assalamualaikum.


SPECIAL FOR YOU,                                                       SINCERELY LOVE,
        CRUSH                                                                            ME
                    
   

maulidur rasul SMKTDS

Assalamualaikum, masa hari sabtu 23/2/2013 , sekolah kite ada buat maulidur rasul,, ok kite pakai jubah oren... comell.. haha *perasan sekejap* , tapi tahun nie.. tak ada kawan.. haiza dengan hani ta datang.. mereka pemalas... lagi satu sayangs kite ta datang.. haha macam mana dye nak datang, dye dah pindah sekolah.. hmm.. sadd  =( ... kite datang dengan muka blurr.. tak tahu nak geng dengan siapa... lepastue jumpa ima, ainul, ain, aishah jamaluddin... lepastu join mereka... time cikgu suruh beratur ikut kelas... kite sorang perempuan... sad tak.. haha.. rai belum sampai dekat situ lagi.. lepastue budak laki kelas kite hanya ada 4 orang saja.. sadd tak.. haha... sebenarnya, budak kelas kite.. ta ramai melayu... budak lelaki hanya 8 orang (afiq, khairi, haziq, syahid, taufiq, aqmal, nazirul, zul) , budak perempuan melayu hanya ada 5 orang (HAFINI, rai, aryna, aishah. aliyah) ... sadis tak... haha... okay. cukup...masa beratur, beratur dengan rai, mai, qila, minsya...

lepastu masa berarak, kite dengan syaza, yasmin, balqis pulak.. haha.. lawa tau mereka.. masa ceramah duduk balik dengan ima, aishah, ainul , ain .. haha... tahun ni, penceramah tu lawak... tak rasa ngantuk pun... lepastu cikgu kasi hadiah untuk yang menang kain rentang... kalau kite masuk, agak agak menang tak .?? haha... tak ade rezeki,, tak apalah.. tahun depan ada lagi... lepastue. makan nasi minyak.. makan makan makan... sampai nak ambik air kat luar surau je,,  macam dyeorang jual air.... macam macam air ada... laici, abc rock , lemon blue , .. banyak lagi la.... tapi kite ambil air lemon blue.. nasi, tak payah cakap,,, licinn kite orang makan.. haha.. tinggal tulang je. bayangkan , kiteorang badan kecil, tapi makan banyak... haha...

lepastue time balik.. pergi ke geng rai, mai, qila ... lepastue.. nampak bh kite... rai cakap, kite lambat, tak dapat ambik gambar dengan dye... rai dapat.. haha.. ok, masetue mula mula.. cakap kat diri sendiri " kenapa jalan lambat sangat, kan tak dapat take picture dengan dye" .. haha.. then try muhasabah .. mungkin Allah nak lindung kite mungkin... tak apa.. kalau Allah dah cakap 'ya' ... tak ada seorang manusia pun boleh tentang.. ini la yang di panggil Kun Fayakun... lepastue... dah ok... dah tak frust lagi... haha....

itu je la untuk hari nie... haha... bye assalamualaikum..


sayangs kite... xoxo .. 



nampak tak kite comel berbaju oren.. 
from right ~ kite, syaza, yasmin, balqis .. 




February 19, 2013

everything change

assalamualaikum w.b.t.
apabila tangan nini sudah mula pegang laptop, jadi terus ke blogger.com ini, untuk menulis entri hari ini... sekarang,,, ramai orang dah berubah.. percaya tak?? yes, betul, nini serius... dan perkara yang berubah menjadi lebih baik, tak ape la jugak,,, ni jadi lebih teruk,,, satu faktor,, FAMOUS... yupp... kawan kawan nini yang pernah satu sekolah dengan nini, yang dulu rapat dengan nini, yang dulu pernah janji jadi best friend forever dengan nini,, semuanya,,, semuanya dah berubah,, sekarang,, walaupun masih satu sekolah,, tapi bila bertembung,, tak bertegur pun, tak senyum pun... sedangkan kawan nini yang dah tak satu sekolah,,, yang dah tak sama negeri... masih ingat nini, masih kenal nini... siap boleh hye hye bye bye lagi... tapi yang satu sekolah buat nini macam orang asing... ye, mungkin mereka tak nampak nini, jadi nini yang mula tegur mereka,,, tapi makin lama makin senyap,, mereka hanya tegur bile nini tegur je... tue yang sebahagian... ada yang nini tegur, tapi buat muka macam ________ ,,, grrr,,, mungkin sebab populariti mereka dalam laman sosial macam facebook menyebabkan mereka jadi macam ni kut,, lepastue ada hati nak tulis dekat status mereka "saya tak sombong, tak percaya tegurlah saya"... kalau nini tidak baikhati,, nini akan soud mereka,,, tapi nini fikir, kami masih kawan... tapi tak tahu la mereka menggangap nini apa... cuma kadang kadang nini terkilan dengan sikap mereka... tapi tak akan nini nak marah mereka... bukan semua orang tahu masalah ini,, nanti kalau nini marah,,, orang cakap nini saja nak tumpang populariti mereka...

dan satu lagi , sebagai kawan mereka,,, tolonglah jangan nak tunjuk kebaikan yang awak buat semata mata untuk bangga diri,, dan lagi satu, kalau kita menunaikan kewajipan agama,, alhamdulillah, tapi tak perlu nak buat begitu,,, ia nampak seperti anda desperate nak perhatian orang... "saya bertudung," "saya solat 5 waktu penuh" , saya tolong ibu bapa saya dengan ikhlas" , "saya beli 5 buah kereta BMW dan 2 kereta Ferrari untuk mak dan ayah saya untuk membalas jasa baik mereka"......kalau macam ni.. boleh saya tanya,, motif?? ye, motif awak beritahu semua orang apa?... kalau mereka yang baca... mereka akan cakap nini cemburu dengan mereka...tapi percayalah~ kalau semua orang nak menegur kite punya perangai, dan kite akan cakap "ah, kau ni jeles la tu dengan aku!!!!" kalau semua orang cakap macam tu... TAK AKAN ada perubahan berlaku... jadi jangan cakap orang jeles... just muhasabah diri, kalau apa yang orang cakap tentang diri kita tu benar belaka, jadi kite harus membuat perubahan... tapi kalau mereka hanya nampak bahagian buruk kita dan tertutup matanya untuk melihat kebaikan yang kite buat, maka kite ada membuat sesuatu perkara yang menimbulkan dendam di hati dia, maka, jangan gaduh... hanya minta maaf atas segala kesalahan kita..

entri ini bukan ditulis untuk membuka aib orang waima menghina orang,,, tapi anggaplah entri ini sebagai nasihat kepada kawan kawan nini dan nini,, nini tak terlalu mengharapkan korang,,, tapi tak bermakna tak ada orang yang mengharapkan korang.

sekian... assalamualaikum

February 17, 2013

assalamualaikum w.b.t.
new post for 2013.. hehe da masuk bulan dua, baru berkesempatan untuk menekan nekan di keyboard ini.. soooooo sorry,,, untuk pengetahuan semua manusia di muka bumi ini, cewahhh,, nini yang comel ini sudah pon selamat belajar matapelajaran tingkatan 4... hmm,tahun lepas PMR, jangan tanya result ok... if you ask me,, 'not so good, but not so bad too' .. tu la hint yang nini boleh nyatakan... now, nini gagal masuk kelas aliran sains tulen.. tapi nini masuk sains akaun.. apa beza? sains tulen ada biologi,, sains akaun pula digantikan dengan subjek prinsip perakaunan... tu je beza... tapi mak cakap kalau nini masuk sains tulen , peluang masuk matrik tu besar, kalau sains akaun, peluang tu ada tapi tak sebesar sains tulen...jadi , nini rasa nini nak tambah subjek, jadi 10... tapi angah cakap, susah,, lepastu angah cakap dengan mak "biar je lah nini ambil akaun tu, kalau nini ambil biologi tapi tak boleh bawa sama juga.. sains akaun pun boleh masuk matrik jugak..." nini pun keliru nak tambah ke tak nak ni... tapi sejak nini masuk kelas akaun ni, nini dah minat la, nini pun tak tahu cita cita nini sekarang nak jadi guru ataupun akauntan... sebab cikgu akaun nini cakap, jadi akauntan ni senang, kerja dia ikut masa pejabat tak macam doktor, tak tentu masa... lepastu kerja dia hanya tandatangan saja, dah dapat duit beribu... dan nini yang mata duitan ni pun tertarik la dengan statement cikgu tu... tapi bila difikir fikirkan balik... kalau nak jadi akauntan, nini tak pening kepala ke tengok nombor nombor yang begitu banyak dan yang boleh menjulingkan mata nini tu... lagi satu cikgu cakap... kalau awak nak jadi akauntan, memang senang tapi ada susahnya juga,,, kalau duit hilang satu sen pun, kalau awak akauntan yang berhemah, awak tak akan balik selagi jumpa satu sen tu,,, jadi nini sebagai rakyat yang berhemah pun fikir balik 1000 kali.. yela~ ta kan nini sanggup balik lambat semata mata nak cari duit satu sen tu.. betul tak?? kalau jadi guru,, boleh kursus.. hehe.. duduk hotel,,, mak dengan abah pelik macam mana nini boleh nini minat jadi guru pula,, padahal along, angah, apis dengan ika .. tak ada seorang pun yang bercita cita jadi guru... tapi alhamdulillah... along angah dengan apis dah masuk universiti... along ambil jurusan undang undang kut,, ala~ yang jadi jpj tu... kalau angah ambil jurusan farmacist... apis ambil seni grafik... ika??  ika sekarang tengah tunggu result spm yang berkemungkinan keluar bulan 3 ni... tak tahu la... jadi kesimpulan nya... nini seorang je yang masih sekolah, dan ini bermakna,, nini seorang saja yang dapat duit rm100 masa tu... tapi malangnya.. duit tu hilang... HILANG?? kenapa tak percaya ke.? betull... seratus tu hilang... tapi dekat rumah la.. nini letak merata, mana tak hilang nye... hihihi.. kaya sangat kut nini ni... wink wink ^_^,, ok la... rasa dah boleh buat karangan spm entri hari ni.. jadi nini dengan rendah hati, mohon ampun kalau nini ada terguriskan perasaan orang dengan entri nini nie..
AYAT NORMAL- yang baik datang dari Tuhan, yang jahat datang dari awak... haha, gurau kay... yang jahat tu datang dari nini...jadi mohon ampun maaf kay...
ASSALAMUALAIKUM...