CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Pages

anda yang ke (=

pengikut nini yang baek hati

June 04, 2013

ex-crush terus menghantui hidup

hai. bertemu sekali lagi dengan entry terbaru ini.. ebelum itu saya ingin membuat satu kenyataan yang benar lagi sahih.. saya takut hantu... jadi peringatan kepada semua x crush saya. jangan jadi hantu dalam hidup saya please.. haha.. 

bermula dengan crush pertama masa tingkatan 1.. tahun 2010 tak silap.. ok time ini sangat bosan.. sebab memang suka betul betul dalam diam.. dia tak tahu, malah kawan kawan saya pun tak tahu.. bosan

crush kedua.. saya dah mula beranikan diri. dah mula tergedik gedik bila nampak dia.. saya rasa saya langsung tak ada maruah.. haha. mungkin sangat teruja. maaf sangat sangat.. dia? dia dah tahu , ramai dah tahu. sampai saya kena bash dah pun. tapi masa tu saya bodoh lagi,  pergi suka orang yang jelas ternyata tak menghargai saya langsung walaupun sesaat.. saya tetap positifkan diri saya.. saya terkinja kinja bila jumpa saya. tapi dia. dia macam tak nampak saya. Sampai satu saat, apabila dapat tahu yang dia sudah berpunya.. saya masih boleh bertanya dekat kawan saya dengan soalan bodoh saya.." dia tak nampak aku ke?" , "dia dah tak boleh hargai aku ke?" , "apa aku dah buat?" ... bila di kenangkan kembali. saya tanya diri sendiri. "kenapa aku bodoh sangat masa tu?" , kenapa aku tak boleh fikir sangat. kenapa aku hanya nampak dia seorang sahaja, kenapa aku boleh suka orang yang tak reti menghargai aku? kenapa? kenapa? kenapa?

tahun seterusnya, 2012.. mungkin tak serik cinta tak berbalas. saya mempunyai crush yang merupakan senior saya. saya, tengok dia dengan rasa tak malu.. dengan selamba nya saya.. sampai tidak perasan ada hati yang terluka.

di tahun ini. 2013. sangat tidak disangka sangka. sampai saya langsung tidak percaya. yang mana crush saya merupakan kawan saya sendiri. sudah lama saya rapat dengan dia. tetapi baru sekarang saya sedar kehadiran dia melebihi daripada kehadiran seorang sahabat. tetapi, apa lagi yang saya boleh buat. dia tidak pandang saya, akan tetapi dia pandang orang yang sentiasa berada di sebelah saya merangkap kawan baik saya sendiri.  sangat susah untuk saya terima kenyataan itu. tetapi apa lagi yang saya mampu saya buat selain doakan kebahagian mereka berdua.

untuk meneruskan kehidupan, saya mula menyukai seseorang yang berada sama tingkatan dengan saya. akan tetapi lagi parah. kemungkinan besar dia sudah berpunya..

kejadian ini semua telah membuat saya serik. mungkin, saya sudah menutup rapat serapatnya pintu hati saya dan saya telah membuang kunci itu di hutan belantara sana.. haha... I'M HURT ENOUGH.. dan saya tak akan menangis sebab ini... 

kadag kadang saya terfikir, apa yang saya nasihat kepada kawan kawan saya, sebenarnya saya sendiri tidak mampu berbuat demikian.. sedihnya hidup saya. tapi saya percaya , satu hari nanti saya akan berjumpa dengan seseorang yang faham isi hati saya, yang akan melindungi saya dan akan menghargai saya sepenuh jiwa dan raga saya.. dan yang paling penting, dia dapat memimpin saya ke jalan yang benar.. Amin.

# No Couple # No Crush # No Crying

i'm alone. and i like it. :) Assalamualaikum






0 comments: