CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Pages

anda yang ke (=

pengikut nini yang baek hati

May 01, 2013

'KITA' dah lama menyepi


awak, perasan tak? kita dah tak macam dulu lagi... kita dah banyak berubah... kalau satu hari kiteorang tak bercakap , itu dah normal... padahal dulu, kalau satu hari kita tak bertegur sapa, rasa tak lengkap. kan? kalau saya tak tegur awak , awak yang akan tegur saya... walaupun, apa yang kita akan cakap tu, kadang-kadang nampak sangat yang kita nak dengar suara masing-masing.. tapi.. saya peduli apa.. yang penting, saya dengar suara awak..

dulu.. kita rapat kan... dari sekolah rendah, hingga sekarang... walaupun kita terpisah sementara,, saya tetap anggap awak sebagai kawan saya... Tapi, semua ni berubah. Berubah apabila kita ditakdirkan untuk menjadi rakan sekelas pada tahun ini, pada kali pertama saya tahu yang kita akan menjadi rakan sekelas, saya hanya fikir yang saya dah jumpa rakan sekelas yang akan gila-gila dengan saya... saya dah ada kawan yang rapat dengan saya, yang dah kenal saya lama... 

Tapi.. Allah Maha Mengetahui,, perasaan ini mula berubah .. pada awalnya, saya menidakkan yang saya dah mula suka awak.. semakin lama saya menafikan, semakin saya sengsara.. dan masa itu saya tak anggap awak sebagai kawan lagi,, tapi sebagai crush baru saya.. saya ambil tahu mengenai awak secara diam-diam. walaupun kalau kita bertegur dengan menggunakan panggilan 'Aku' 'Kau' . tapi saya tetap hargainya.. 

Sekarang, semua dah berubah . Semuanya berubah sejak awak dan kawan saya ______ . awak mesej kawan saya. awak rapat dengan kawan saya.. Dengan hati yang parah, saya undur diri. Biarlah.. Biarlah saya lihat senyuman awak tu dari jauh.. Biarlah saya lihat senyuman awak dengan air mata saya mula menitis. Biarlah saya lihat senyuman awak , walaupun bukan saya yang membuat awak tersenyum. 

Masa cuti persekolahan, saya bermuhasabah diri , supaya saya boleh menganggap awak sebagai kawan saya kembali... tetapi saya tidak berjaya.. Masa cuti persekolahan dah tamat. saya tak sangka. yang kita akan berdiam diri.. bayangkan, saya dan awak tak bertegur sapa selama seminggu.. Pada masa itu, saya sangat berkecil hati. Saya positifkan diri saya bahawa awak tiada mood nak bercakap dengan orang. Tapi anggapan saya ternyata jauh melencong. Awak bersikap dingin hanya dengan saya, tidak dengan orang lain. Saya cuba mencari kesalahan saya pada awak. Tetapi awak langsung tidak memberi peluang kepada saya. Dan akhirnya saya menyerah kalah. Saya beriltizam bahawa saya akan menganggap awak sebagai kawan sahaja. Walaupun saya akan menangis, walaupun hati saya sakit. Kita tetap kawan.

Kini, saya dan awak semakin jauh.. Begitu juga awak dan kawan saya. Dua-dua dah jauh. Saya dah tak ada modal nak cakap dengan awak. Kadang saya biarkan mata saya yang berkomunikasi dengan mata awak. Biarlah. Kalau awak ditakdirkan untuk menjadi imam saya. Saya terima. Kalau awak ditakdirkan untuk tidak menjadi imam saya. Saya juga terima dengan hati yang rela. Saya percaya akan Qada' dan Qadar . 

Assalamualaikum. =')

0 comments: